Tahukah Anda bahwa sihir adalah gangguan yang berlaku keatas sesaorang yang mengakibatkan penyakit ataugangguan fikiran yang amat rumit. Sihir terjadi disebabkan Jin atau Syaitan yang dihantar oleh sesaorang yang dendam atau dengki atau cemburu dengan menggunakan kekuatan seseorang yang menggunakan ilmu hitam atau memuja Jin atau syaitan dengan jalan yang keluar dari ajaran Islam..
Sihir mudah dilakukan dan amat rumit untuk diselesaikan tetapi setiap penyakit itu ada batnya. ALLAH saja yang mengetahui dan menentukan.Kebanyakkan Sihir yang selalu berlaku adalah Sihir penyakit yang Kronik tetapi tidak dapat dikesan oleh pihak Doktor atau pakar. Mengikut pengalaman daripada pakar yang merawat penyakit misteri ini di dapati Jin sihir ini akan duduk di dalam badan atau urat saraf orang yang terkena sihir ini untuk menyakitkan anggota badan atau organ pesakit sehingga pesakirt menderita
bertahun-tahun lamanya. Ada juga yang boleh menguasai pesakit sehingga pesakit tersebut menjadi gila atau mengganas.
Sihir juga boleh berlaku kepada keluarga yang terdekat seperti suami isteri, anak-anak atau ibu bapa, ini
boleh menyebabkan keadaan huruhara, berlaku pergaduhan, permusuhan yang memelikkan. Sihir yang serius adalah sihir yang berulang iaitu setelah dirawat ia berulang kembali disebabkan dari pihak penghantar yang tidak berpuas hati kerana sihirnya tidak berkesan lagi, lalu menghantarkembali menggunakan khidmat pemuja yang lain sekiranya pemuja yang lama tewas.
Biasanya dengan Izin ALLAH sihir ini akan pulih apabila pihak
penghantar dan pemuja dimusnahkan atau diberi balasan yang
setimpal atas kekufuran mereka oleh ALLAH S.W.T.
Salam keceriaan dan selamat maju jaya untuk Winendar.
0 komentar:
Posting Komentar